Thursday, February 24, 2011

Pelacur Sundal

aku yang kau anggap suci
anggap aku suci dan bererti
tapi disebalik tembok ini
aku bukan boleh dipercayai

aku yang kau kata suci
kau bibirkan itu mimpi
kerana aku mengasari, toleh kebelakang
dan aku terus berlari...

kau tetap melontar hati dari hati dan ke hati
kau gagahkan diri mengatakan aku suci
zahirku suci tapi batinku tak peduli?
aku terus hanyut dalam maya sendiri
tapi aku tetap mahu kau disitu berdiri
kerana aku tidak disakiti dan tidak mahu dirawati
aku cuma pelacur sundal yang meniti
hati dalam hari hari
dan aku terus begini
menapak tinggi sebagai pelacur sundal yang suci

1 comment:

  1. Koleksi tshirt baru seperti Lamb of God, Black Sabbath, The Beatles, ACDC,The Smiths,Misfits,Metallica dll serendah RM25 - http://hoalanso.blogspot.com

    ReplyDelete